Lirik Lagu Melayu Cindai oleh Siti Nurhaliza

- 25 Agustus 2020, 17:45 WIB
SITI Nurhaliza
SITI Nurhaliza /DOK. PIKIRAN RAKYAT/

RINGTIMES BANYUWANGI  - Sebuah lagu Melayu tradisional yang berdurasi selama 4 minit dan 56 saat, dicipta oleh Suhaimi Zain atau lebih terkenal sebagai Pak Ngah dengan lirik ditulis oleh Hairul Anuar Harun.

 Keseluruhan lagu Cindai menceritakan tentang kekecewaan seseorang yang cuba untuk bermandiri dalam hidupnya walaupun banyak dugaan mendatang dalam hidupnya.

Lagu ini juga dipersembahkan oleh Siti sewaktu majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di Stadium Negara, Bukit Jalil.

Pada 1 April 2005, beliau menyanyikan lagu Cindai sebagai sebahagian daripada medley lagu Zapin daripada bersama-sama dengan Mahligai Permata dan Ya Maulai pada akhir Irama Malaysia segmen konsert solo beliau di Royal Albert Hall, London.

Baca Juga: Lirik Lagu Surrender dari Natalie Taylor beserta terjemahan bahasa Indonesia

Beliau juga menyampaikan lagu yang sama di Konsert SATU beliau pada 26-28 Julai 2009 di Istana Budaya, sebagai sebahagian daripada medley tradisional.

Pada 5-7 Julai 2013, semasa persembahannya di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas, Siti menyanyikan lagu Cindai yang diberikan gubahan baru oleh Syed Sharir Faisal Syed Hussein.

Siti juga menyanyikan lagu Cindai yang diberikan gubahan baru oleh Ruslan Imam semasa persembahannya di Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 20-24 September 2013.

Berikut lirik lagu Cindai oleh Siti Nurhaliza;

Baca Juga: Lirik Lagu Promises dari Agnez Monica beserta terjemahan bahasa Indonesia

Halaman:

Editor: Dian Effendi


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah